Pengurusan Dokumen Jemaah:
Kad Haji Nusuk, Smartcard
Kad Haji Nusuk
-
Kad Haji Nusuk adalah dokumen rasmi pengenalan diri kepada jemaah haji.
-
Inovasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MOHU) ini mengandungi ciri keselamatan unik yang menyimpan maklumat jemaah dan sijil penyempurnaan ibadah haji.
-
Bermula penguatkuasaannya sejak Mei 2024, setiap jemaah Haji Malaysia wajib mempunyai Kad Haji Nusuk bagi membolehkan pihak berkuasa haji, pekerja haji dan agensi penguatkuasa lain mengenal pasti identiti jemaah dengan pantas.
-
Di antara kelebihannya adalah untuk menghalang individu tidak berkenaan memasuki semua kawasan suci sempena musim haji.
-
Dengan adanya kad ini, ianya memudahkan akses jemaah ke Masyair dan menjaga keselamatan jemaah sepanjang ibadah haji.
Pemakaian Kad Haji Nusuk
-
Kad Haji Nusuk mengandungi butiran mengenai pengendali haji bagi setiap jemaah.
-
Selain dari identiti jemaah, pihak berkuasa haji juga boleh mengetahui jadual kumpulan jemaah dan alamat kediaman.
-
Ciri utama kad ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal & digital. Pada bahagian depan kad terdapat gambar dan profail jemaah disertai barcode dan QR code. QR code ini boleh diimbas dan butiran berkenaan jemaah haji akan tertera.
-
Kad Haji Nusuk diedarkan kepada jemaah oleh Muasassah. Setiap jemaah wajib mengambil kad ini dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan sehingga kad berjaya dikalungkan ke leher masing-masing.
Pemeriksaan Kad
-
Pemeriksaan yang ketat dijalankan oleh Penguasa Haji demi memastikan perjalanan haji berjalan dengan lancar.
-
Hanya jemaah haji yang memiliki Kad Haji Nusuk sahaja dibenarkan menaiki bas menuju ke Arafah.
-
Setelah pemeriksaan selesai, pintu bas ditutup rapi (sealed) agar tiada penyusupan atau kemasukan jemaah yang memasuki secara tidak sah berlaku.
Smart Card Arafah
-
Proses keberangkatan jemaah haji ke Arafah & Mina mestilah mempunyai kad pintar (smartcard).
-
Jemaah yang tidak memiliki smartcard ini tidak dibenarkan memasuki ke kawasan Masyair Haji.
-
Smartcard ini bertujuan untuk melindungi hak setiap jemaah yang berdaftar secara sah dan melepasi setiap pemeriksaan (check point) semasa perjalanan ke lokasi Masyair Haji.
Operasi Pemeriksaan Oleh
Penguasa Haji