top of page

Pendedahan & Modus Operandi Penipuan Pakej Haji

Berita Utama:

PENIPUAN VISA HAJI | JEMAAH HAJI TERKANDAS | AL HIJRAH

Rencana

Acara

FORUM UMRAH & ZIARAH 2024

MADINAH 2.jpeg

23/04/2024

Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah

saudi madinah.png

 Forum Umrah & Ziarah 2024 yang berlangsung di Madinah, Arab Saudi memfokuskan kepada usaha meningkatkan kapasiti Mekah & Madinah yang dipergiatkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Ini bertujuan untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah umrah. Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan, termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap, serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.

Forum Umrah & Ziarah 2024 ini telah membincangkan banyak perkara berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah. Antaranya ialah bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah, serta menangani cabaran-cabaran yang wujud dalam industri ini. Banyak input berharga telah dikongsi oleh pakar dan pemain industri yang hadir.

 

Majlis yang dirasmikan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Salman Bin Sultan Abdulaziz Al Saud, turut diserikan dengan kehadiran Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi; Dr Tawfig Fawzan Mohammed Al-Rabiah.

 

Semoga dengan usaha gigih yang dilakukan, lebih ramai lagi umat Islam dapat menunaikan ibadah yang mulia ini. Insya-Allah.

Galeri

MADINAH 2.jpeg
MADINAH 1.jpeg

MESYUARAT
PENGENALAN
EKSLUSIF
NUSUK 2024

6b6393a3-a003-485f-a28e-4af7492b5e40.jpeg

28/08/2024

"Membincangkan cabaran, meneroka penyelesaian dan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi Nusuk kepada jemaah haji dan pelawat Malaysia."

81724801273_tbsauditourismauth.jpg

Acara ini dirasmikan di bawah naungan Yang Berhormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, dan dihadiri oleh barisan pegawai kerajaan negara tersebut Saudi menunjukkan komitmen pihak Arab Saudi untuk terus meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan bagi tetamu Allah yang ingin menunaikan ibadah Umrah.

Melalui platform Nusuk, Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi kini mempunyai lebih 200 rakan kongsi bertauliah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk penerbangan, penginapan, pengangkutan, perkhidmatan logistik, dan juga program pelancongan serta lawatan yang menarik.

Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi berkata warganegara 66 negara, termasuk Malaysia, kini boleh memohon e-visa melalui platform Visit Saudi. Ini memudahkan ketibaan jemaah Umrah, dan membolehkan mereka melawat Masjid Nabi dan Al Rawdah Al Sharifah dengan lebih lancar, di samping meneroka tapak-tapak bersejarah, budaya dan warisan di Makkah dan Madinah.

Sesungguhnya, dengan keberlangsungan program seperti ini membuka satu peluang yang lebih luas dan teratur bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah. InsyaAllah

Galeri

nusuk.jpg
6b6393a3-a003-485f-a28e-4af7492b5e40.jpeg
22b8f70b-d8e7-411a-957e-ed8a4c632451.jpeg
bottom of page